Pages

Thursday, March 31, 2016

Mencintai dan Mengagungkan Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam

Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, yang berarti segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, baik ucapan, perbuatan maupun penetapan beliau, memiliki kedudukan yang sangat agung dalam Islam, karena Allah Ta’ala menjadikan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai penjelas dan penjabar dari Al Qur’an yang mulia, yang merupakan sumber utama syariat Islam. Oleh karena itu, tanpa memahami sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan baik, seseorang tidak mungkin dapat menjalankan agama Islam dengan benar.

Allah Ta’ala berfirman,
“Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur’an, agar kamu menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka (dari Allah Ta’ala), supaya mereka memikirkan.” (Qs. An Nahl: 44)

Ketika Ummul mu’minin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha ditanya tentang ahlak (tingkah laku) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau menjawab, “Sungguh akhlak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah Al Qur’an.” (HSR Muslim no. 746). Ini berarti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling sempurna dalam memahami dan mengamalkan isi al-Qur’an, menegakkan hukum-hukumnya dan menghiasi diri dengan adab-adabnya. (Lihat keterangan imam an-Nawawi dalam kitab Syarh Shahih Muslim 6/26). Maka orang yang paling sempurna dalam memahami dan mengamalkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dialah yang paling sempurna dalam berpegang teguh dan mengamalkan Al Qur’an dan agama Islam secara keseluruhan.

Wednesday, December 16, 2015

Wahabi!

Oleh : Hafiz Firdaus Abdullah

Bulan November 2008 ini genaplah dua tahun laporan muka utama sebuah akhbar perdana tempatan yang berjudul “Fahaman Wahabi Menular”. Kebanyakan kenyataan dalam laporan tersebut adalah tidak tepat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh sahabat saya, Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus dalam bukunya Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006. Namun ada dua kenyataan yang boleh dikatakan tepat:
•    Pertama: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi sedang menular. Ini tepat, bahkan yang lebih jitu adalah fahaman Wahabi memang sungguh-sungguh sedang menular. Ia seumpama arus tsunami yang menenggelamkan pelbagai fahaman, pengaruh, jamaah dan aliran lain yang ada di Malaysia.
•    Kedua: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi mendapat tempat di kalangan cerdik pandai umat Islam. Ini tepat, tetapi realiti masa kini membuktikan bahawa fahaman Wahabi juga sudah mendapat tempat di kalangan mereka yang berada dalam pelbagai lapisan dan latarbelakang.

Friday, December 11, 2015

Cinta Sejati Kepada Nabi Sallallahu’alaihi Wasallam

Oleh : Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya

Mencintai Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tidak cukup sekadar dengan pengakuan semata-mata, sebaliknya hendaklah direalisasikan seperti apa yang disabdakan oleh Baginda, “Tidaklah salah seorang kalian beriman sehingga aku lebih dia cintai dari anaknya, ibubapanya, dan seluruh manusia.” (Al-Bukhari & Muslim).

Untuk kita membela agama yang dibawa oleh Nabi, kita hendaklah mencintai Baginda lebih dari diri sendiri dan kecintaan itu hendaklah diterjemahkan dengan tindakan. Cinta seperti inilah yang mengisi hati para sahabat. Abu Bakar Al-Siddiq radhiyallahu ‘anh pernah berkata,

Wahai Rasulullah, demi Allah sesungguhnya aku lebih mencintaimu dari keluargaku. Sesungguhnya aku lebih mencintaimu dari anakku. Ketika aku berada di rumah, aku teringat dirimu, aku tidak mampu sehingga aku datang bertemu denganmu lalu aku melihatmu. Namun ketika aku teringat kematianku dan kematianmu, aku mengetahui bahawa bila engkau masuk syurga engkau berada di kedudukan para Nabi, dan bila aku masuk syurga, aku tidak dapat melihatmu.” (Hasan, Al-Thabarani)

(Orang Kata Wahhabi Ialah..) Fakta 1: Wahhabi & Taksub Mazhab

Oleh : Mohd Hairi Nonchi

Orang kata Wahhabi ialah mereka yang menentang sikap taqlid buta (mengikut membuta tuli) dan taksub kepada mazhab. Pada waktu yang sama, mereka menyeru umat Islam supaya berittiba’ (mengikuti) kepada sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.

Penjelasan
Jika demikian takrifan Wahhabi, maka Imam asy-Syafi’e rahimahullah (204H) juga adalah layak digelar sebagai Wahhabi. Ini kerana – sebagaimana golongan yang ditohmah sebagai Wahhabi – beliau juga amat melarang keras umat Islam daripada bertaqlid buta dalam beragama serta taksub kepada selain al-Qur’an dan as-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih. 

Sebaliknya beliau menganjurkan semangat berittiba’ kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, yakni mengikuti sunnah baginda shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih dan meninggalkan segala pandangan atau amalan yang bercanggah dengannya. Ini sekalipun terhadap perkataan atau fatwa beliau sendiri.

Sunday, December 6, 2015

Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid # 1 - Menggelar Alam Ini Sebagai “Alam Semula Jadi”

Oleh : Hafiz Firdaus Abdullah

Sebahagian orang ada yang menggelar alam ini sebagai “alam semula jadi”. Contohnya, ketika berkelah di taman, mendaki gunung, meneroka hutan atau berdayung, ada di antara kita yang berkata “Kami sedang mengecapi kecantikan alam semula jadi” atau “Sungguh indah alam semula jadi ini”. Selain itu ada juga yang menggelar alam ini sebagai “Mother Nature” kerana terikut-ikut kepada gelaran yang biasa digunakan oleh orang Barat.

Sebenarnya ini adalah gelaran yang salah kerana alam ini tidak terjadi dengan sendirinya. Alam ini adalah ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah berfirman: 

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintangbintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. [al-A’raaf 7:54]