Oleh : Mohd Hairi Nonchi
Orang kata Wahhabi ialah
mereka yang menentang sikap taqlid buta (mengikut membuta tuli) dan taksub
kepada mazhab. Pada waktu yang sama, mereka menyeru umat Islam supaya
berittiba’ (mengikuti) kepada sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
yang sahih.
Penjelasan
Jika demikian takrifan Wahhabi,
maka Imam asy-Syafi’e rahimahullah (204H) juga adalah layak digelar sebagai
Wahhabi. Ini kerana – sebagaimana golongan yang ditohmah sebagai Wahhabi –
beliau juga amat melarang keras umat Islam daripada bertaqlid buta dalam
beragama serta taksub kepada selain al-Qur’an dan as-Sunnah Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.
Sebaliknya beliau menganjurkan
semangat berittiba’ kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, yakni
mengikuti sunnah baginda shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih dan
meninggalkan segala pandangan atau amalan yang bercanggah dengannya. Ini
sekalipun terhadap perkataan atau fatwa beliau sendiri.
Perhatikan kata-kata beliau di bawah ini. Al-Hafiz adz-Dzahabi asy-Syafi’e rahimahullah (748H) menyebutkan di dalam kitabnya Siyar A’lam al-Nubala’ 10/35 bahawa Imam asy-Syafi’e pernah berkata, maksudnya:
Perhatikan kata-kata beliau di bawah ini. Al-Hafiz adz-Dzahabi asy-Syafi’e rahimahullah (748H) menyebutkan di dalam kitabnya Siyar A’lam al-Nubala’ 10/35 bahawa Imam asy-Syafi’e pernah berkata, maksudnya:
Apabila telah sahih sebuah
hadis, maka itulah mazhabku, dan buanglah perkataanku (yang menyelisihi hadis
tersebut) ke arah tembok!
Imam Ibnu Hibban asy-Syafi’e
rahimahullah (345H) telah meriwayatkan di dalam kitab Shahihnya 9/235, no. 2159
bahawa Imam asy-Syafi’e pernah berkata, maksudnya:
Apabila telah sahih sebuah
hadis dari Rasulullah menurut pendapatmu, maka ambillah hadis sahih tersebut
dan tinggalkanlah apa yang telah menjadi pendapatku (yang jelas bertentangan
dengan hadis sahih tersebut).
Imam asy-Syafi’e juga
menyatakan di dalam kitabnya al-Umm 2/248, maksudnya:
Apabila telah sahih hadis dari Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam , maka tidak boleh untuk ditinggalkan kerana sebab
apapun juga.
Imam Ibnu al-Qayyim
al-Jauziyyah rahimahullah (751H) meriwayatkan di dalam kitabnya I’lam
al-Muwaqqi’in 1/7 bahawa Imam asy-Syafi’e berkata, maksudnya:
Kaum muslimin telah ijmak
(bersepakat) bahawa sesiapa sahaja yang telah jelas baginya sunnah Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam (yang sahih), maka haram baginya meninggalkan
sunnah yang telah jelas di hadapannya itu hanya lantaran (terpengaruh dengan)
pernyataan seseorang sahaja.
Imam Ibnu Abi Hatim al-Razi
rahimahullah (277H) telah meriwayatkan di dalam kitabnya, Adab asy-Syafi’i wa
Manaqibuhu, ms. 67-68 & 93, bahawa Imam asy-Syafi’e pernah menyatakan, maksudnya:
Setiap apa yang telah aku
ucapkan padahal telah datang dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih
yang bertentangan dengan ucapanku itu, maka mengambil hadis Nabi s h allalla h
u ‘alai hi w a s alla m itulah yang utama dan janganlah kamu bertaklid kepadaku!.
Imam al-Baihaqi asy-Syafi’e
rahimahullah (458H) telah meriwayatkan di dalam kitabnya, Manaqib asy-Syafi’i
1/473 bahawa Imam asy-Syafi’e juga mengatakan kepada salah seorang muridnya,
Imam Rabi’ bin Sulaiman al-Muradi rahimahullah (270H), maksudnya:
Setiap masalah yang telah aku
ucapkan, padahal telah sahih hadis dari Nabi menurut para ulamak hadis yang
bertentangan dengan apa yang telah aku ucapkan itu, maka aku akan selalu ruju’
(menarik kembali) dari pendapatku yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah
itu, baik saat aku masih hidup mahupun setelah aku mati.
Imam asy-Syafi’e mengatakan
dalam kitabnya al-Risalah, ms. 360 (no. 905), maksudnya:
Dan bila telah sabit (sahih)
dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam , maka itulah yang wajib untuk
diikuti oleh setiap orang yang mendengarinya, dan hal itu tidak memerlukan
penguat dari yang lainnya, dan hal itupun tidak dapat dibatalkan kerana sesuatu
yang lainnya. Bahkan yang diwajibkan atas manusia adalah mengikuti baginda (
ittiba’ ). Dan tidak diperbolehkan sama sekali menjadikan ketetapan seseorang
manusia untuk membatalkan ketetapan baginda.
Akhir sekali, perhatikan pula
ucapan salah seorang murid yang paling rapat dengan Imam asy-Syafi’e, iaitu
Imam al-Muzani asy-Syafi’e rahimahullah (264H). Katanya, maksudnya:
Aku meringkaskan kita ini dari
ilmu Muhammad bin Idris asy-Syafi’e dan dari makna perkataan beliau agar aku
mendekatkan (mempermudahkan) ilmu beliau kepada orang yang menghendakinya. Ini
disertai dengan dua peringatan beliau, (yang pertama) iaitu larangan beliau
untuk bertaqlid kepada beliau dan (yang kedua) larangan bertaqlid kepada selain
beliau. [Muqaddimah Mukhtashar alMuzani]
Catatan Tambahan
Salah seorang tokoh bermazhab
Syafi’e, Imam Taqiyuddin as-Subki rahimahullah (756H) pernah ditanya tentang
sikap yang seharusnya dipraktikkan apabila berhadapan dengan sebuah hadis yang
sahih akan tetapi tidak ada seorang pun yang beramal dengannya. Maka dia
menjawab, maksudnya:
Yang lebih utama menurutku
adalah kita tetap mengikuti hadis tersebut. Keadaannya seperti seorang yang
sedang berada di hadapan Nabi, kemudian dia mendengarkan hadis tersebut secara
langsung dari lisan baginda. Maka bolehkah orang itu menunda diri dari beramal
dengannya? (Jawapannya) Tidak boleh, demi Allah. Setiap orang diwajibkan untuk
beramal berdasarkan apa yang difahami dari dalil-dalil agama. [Ma’na Qaul
al-Imam, ms. 102 – Majma’atur Rasa-il alMuniriyyah]
.....................................................................................................
Petikan dari buku : Orang Kata Wahabi Ialah...
No comments:
Post a Comment