Pages

Friday, August 16, 2013

Sunnah-Sunnah Rasulullah S.A.W Ketika Bangun Dari Tidur

1. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan :

Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar merekodkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam :

Ertinya :
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bangun daripada tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya"
(Direkodkan oleh Muslim)
2. Membaca doa bangun daripada tidur iaitu :

Ertinya :
"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami (tidur) dan kepadaNya kami akan dibangkitkan"
(Direkod oleh Bukhari)
3. Bersugi :

Ertinya :
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)"
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Antara kebaikan bersugi adalah mengembalikan kesegaran dan kecergasan tubuh badan serta dapat menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan.



Petikan dari :
Kitab :Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
Karangan :Zulkarnain Dollah

Wednesday, August 14, 2013

Hadis - Merampas Sebilah Kayu Miswak Sudah Boleh Membawa Padah

Erti Hadis :
Daripada Abu Umamah Iyas bin Sta’labah al-Haristi radhiallahu anhu, bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : “Sesiapa yang mengambil hak milik seseorang Islam dengan sumpahnya, (mengambil secara paksa atau merampas) maka Allah Subhana Wa Ta'ala telah mewajibkan neraka baginya dan telah mengharamkan syurga untuk dimasukinya. Kemudian ada seorang lelaki yang bertanya : “Kalau hanya barang yang sangat sedikit, Ya Rasulullah? Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menjawab, walaupun hanya setangkai kayu arak (kayu yang digunakan untuk bersiwak)”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain riwayat daripada Umar bin Khattab radhiallahu anhu beliau berkata :

“Setelah selesai peperangan Khaibar ada segolongan di antara sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam datang menghadap kepada beliau, kemudian mereka berkata : “Si Fulan itu mati syahid, dan si Fulan itu mati syahid”, sehingga akhirnya mereka menyebutkan nama seorang laki-laki lalu mereka berkata “Si Fulan itu juga mati syahid”. Lalu Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : “Tidak, sama sekali tidak. Fulan itu saya lihat dimasukkan ke dalam api neraka kerana menyembunyikan sehelai selendang atau (syak perawi hadis) sehelai baju kurung (daripada harta rampasan)
(Hadis Riwayat Muslim)