Pages

Sunday, December 28, 2014

Hikmah Solat Subuh

Pada awal bulan Ramadhan, saya sering melihat fenomena yang menggembirakan. Masjid-masjid penuh dengan jemaah termasuk pada waktu solat subuh. Namun, perasaan gembira itu berganti sedih yang mendalam seiring berlalunya Ramadhan. Saya pernah menghitung sendiri perbandingan jumlah jemaah pada dua waktu itu. Pada awal Ramadhan, jumlah jemaah solat subuh di masjid dekat rumah penulis mencapai 200 orang. Namun, selepas bulan puasa jemaah solat subuhnya tidak lebih daripada 50 orang.

Saya bingung dan tertanya-tanya dalam hati, ke mana 150 orang yang lain? Tidak mungkin mereka semua pergi bermusafir. Tidak mungkin mereka semua sakit. Tidak mungkin semuanya uzur. Benar, rasa ingin tahu dalam hati saya terjawab pada suatu pagi. Sebenarnya, mereka bangun selepas jemaah subuh selesai. Malah, ada yang baru bangun beberapa minit sebelum matahari terbit. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Ini adalah musibah besar yang menimpa majoriti umat Islam.