Allah Subhanahu Wa Ta'ala menyebut dalam al-Quran, Surah al-An'am ayat 38. "Kami tidak tinggalkan suatu apa pun dalam Kitab." Bukankah ayat al-Quran ini menyebut bahawa kitab al-Quran sudah sempurna? Jadi, kenapa perlu berpegang pada hadis?
Kenyataan di atas adalah antara soalan yang sentiasa diajukan. Ia timbul bersama-sama seruan kembali kepada al-Quran. Kembali kepada al-Quran dengan cara meninggalkan hadis. Melihatkan kepada akibatnya, penulis rasa ia patut didahulukan berbanding kemusykilan yang lain. Berikut jawapan bagi kemusykilan di atas.
Pertama, penulis ingin menyentuh terus ayat al-Quran yang menjadi sandaran kepada kemusykilan di atas. Perkataan 'Kitab' dalam al-Quran di atas mempunyai dua maksud. Maksud pertama, luh mahfuz. Manakala maksud kedua adalah al-Quran.
Jika kita menerima maksud pertama, ia memberi gambaran keluasan ilmu Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Semuanya tercatit di luh mahfuz. Jika kita memilih maksud kedua, ia mengambarkan kesempurnaan syariat Islam dan keluasan kandungan al-Quran. Al-Quran memberi gambaran asas segenap aspek kehidupan manusia. Antaranya soal kepercayaan, kewangan, sosial, akhlak, pemerintahan dan sebagainya.
Atas andaian bahawa penyoal memilih maksud kedua, ia tidak mungkin dapat difahami mengikut kefahaman penyoal. Ia tidak bermaksud al-Quran menerangkan semua perkara secara terperinci. Al-Quran menyebut semua perkara secara umum sahaja.
Sekiranya kita tetap ingin memahaminya mengikut kefahaman penyoal, ia memaksa kita menolak al-Quran. Sebagai contoh, kita sedia maklum bahawa al-Quran sendiri mengarahkan kita supaya mentaati Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Banyak ayat al-Quran yang mengisyaratkan demikian.
Bagaimana kita hendak menolak hadis sedangkan al-Quran sudahpun menyuruh kita mengikut hadis. Menolak hadis bermakna menolak al-Quran itu sendiri. Realiti juga menyanggah kefahaman penyoal. Kita sendiri lihat banyak perkara tidak dinyatakan secara terperinci dalam al-Quran.
Kedua, jika kita menolak hadis, bagaimana kita hendak mengamalkan perintah al-Quran dengan betul? Sebagai contoh, al-Quran memerintahkan kita supaya bersembahyang. Dalam masa yang sama, tidak ada ayat al-Quran yang menerangkan tatacara sembahyang secara terperinci. Jika kita menolak hadis, bagaimana kita hendak bersembahyang? Pada waktu apa hendak bersembahyang? Apakah perkara yang membatalkan sembahyang? Semua ini hanya dijelaskan oleh hadis.
-------------------------------------------------------------------------------
Petikan dari.....
Kitab : Apa Itu Ilmu Hadis?
Penulis : Hasnan Abu Bakar
Terbitan : PTS Islamika Sdn Bhd

No comments:
Post a Comment