Pages

Saturday, May 30, 2015

Hadis - Ikhlas Kerana ALLAH

Ertinya :
Umar bin Khattab meriwayatkan, 'Saya pernah mendengar Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Amalan seseorang itu ditentukan oleh niatnya. Oleh itu, setiap orang mendapat apa yang diniatkannya. Itulah sebabnya, orang yang berhijrah kerana Allah dan rasulnya, hijrah itu adalah kepada Allah dan Rasulnya. Tetapi bagi sesiapa yang berhijrah dengan niat hendak mendapatkan keuntungan di dunia ataupun bagi mendapatkan isteri, dia mendapat apa yang diniatkannay semasa dia berhijrah."
 (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
Tip Hadis :
  • Sebelum melakukan sesuatu, tanya kepada diri, "Kenapa saya hendak melakukan perkara ini?"
  • Pastikan setiap apa yang hendak kita lakukan itu dibenarkan oleh Allah.
  • Ucapakan dalam hati, "Saya lakukan ini semata-mata kerana Allah."
  • Sentiasa ingat kepada Allah dalam hati semasa kita melakukan sesuatu.
  • Tinggalkan perkara-perkara yang dilarang Allah
  • Berusaha melakukan setiap arahan Allah
  • Sesuatu amalan walaupun hukum asalnya harus, tetapi apabila kita niatkan ikhlas semata-mata kerana Allah, maka kita akan mendapat pahala.
-------------------------------------------------------------------------------

Petikan dari :
Kitab : Paksi 40 Imam Nawawi
Halaman : 1-3
Penulis : Imam Nawawi
Terbitan : PTS Islamika Sdn Bhd  

Friday, May 29, 2015

Solat Adalah Amalan Yang Paling Disukai ALLAH

Erti Hadis : 
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud R.A katanya : Aku bertanya kepada Nabi S.A.W, “Apakah amalan yang paling Allah S.W.T suka?” Jawab Nabi S.A.W, “Mengerjakan solat dalam waktunya” Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?” Jawab Nabi S.A.W, “Berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa” Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?” Jawab Nabi S.A.W, “Jihad untuk menegakkan agama Allah S.W.T”

Hadis Riwayat : Imam Bukhari & Muslim

Friday, May 1, 2015

Tazkirah - Buat Rumah Biar Siap!

Seorang supervisor yg telah berkhidmat 30 tahun di dalam sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kepada majikannya.  Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dengan syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah.  Supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dengan pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.

Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya.  Amat menyesal dalam hati supervisor tersebut kerana tidak di 'design' rumah yang bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.