Ertinya :
Umar bin Khattab meriwayatkan, 'Saya pernah mendengar Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam
bersabda : "Amalan seseorang itu ditentukan oleh niatnya. Oleh itu, setiap orang mendapat apa yang diniatkannya. Itulah sebabnya, orang yang berhijrah kerana Allah dan rasulnya, hijrah itu adalah kepada Allah dan Rasulnya. Tetapi bagi sesiapa yang berhijrah dengan niat hendak mendapatkan keuntungan di dunia ataupun bagi mendapatkan isteri, dia mendapat apa yang diniatkannay semasa dia berhijrah."
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tip Hadis :
- Sebelum melakukan sesuatu, tanya kepada diri, "Kenapa saya hendak melakukan perkara ini?"
- Pastikan setiap apa yang hendak kita lakukan itu dibenarkan oleh Allah.
- Ucapakan dalam hati, "Saya lakukan ini semata-mata kerana Allah."
- Sentiasa ingat kepada Allah dalam hati semasa kita melakukan sesuatu.
- Tinggalkan perkara-perkara yang dilarang Allah
- Berusaha melakukan setiap arahan Allah
- Sesuatu amalan walaupun hukum asalnya harus, tetapi apabila kita niatkan ikhlas semata-mata kerana Allah, maka kita akan mendapat pahala.
Petikan dari :
Kitab : Paksi 40 Imam Nawawi
Halaman : 1-3
Penulis : Imam Nawawi
Terbitan : PTS Islamika Sdn Bhd
No comments:
Post a Comment