Seorang supervisor yg telah berkhidmat 30 tahun di dalam
sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat
permohonan kepada majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dengan syarat supervisor
tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah. Supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar
untuk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dengan pantas tetapi
tidak menjaga kualitinya.
Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila
dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya. Amat menyesal dalam hati supervisor tersebut kerana tidak di
'design' rumah yang bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.
Sebenarnya, inilah yang terjadi pada setiap dari kita. Kita sekarang sedang 'design' dan membangunkan tempat tinggal kita di akhirat kelak. Kita beribadah untuk ALLAH tapi pahalanya untuk diri kita sendiri. Kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yang sangat-sangat memerlukan ALLAH. Sebenarnya dengan solat dan ibadah kita, kita sedang 'design' dan membangunkan TEMPAT TINGGAL kita sendiri.
Jika kita designkannya dengan sambil lewa, maka tak sempurna
kejadiannya. Jika kita membangunnya dengan baik akan berbaloilah hasilnya.
Renungan Bersama.
Tahukah Kamu Di Manakah Dosa Kamu Diletakkan Sewaktu Kamu Bersembahyang?
Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam :
"Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang sedang
dia membawa semua dosa kesalahannya diletakkan di atas kepala dan kedua
bahunya. Setiap kali ia ruku' dan sujud maka berguguranlah dosanya itu".
( Riwayat at Tabarani dengan sanad yang sohih )
Wahai! Mereka yang gopoh gapah dalam ruku' dan sujud,
panjangkan sedikit ruku' dan sujud mu agar mampu gugurnya dosa anda. Jangan terlepas ganjaran ini.
No comments:
Post a Comment