Pages

Saturday, July 27, 2013

Hadis - Seringan-Ringan Siksaan Di Neraka

Erti Hadis :
"Daripada No'man bin Basyir radhiallahu anhuma berkata : Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari qiamat ialah seseorang yang akan diletakan di bawah telapak kakinya dus buah bara api neraka sehingga mendidih (dari sebab panas kedua bara api tersebut) otak yang ada di kepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dashyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaanya."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunday, July 21, 2013

Hadis - Tawaran Istimewa Yang Kekurangan Pelanggan

Erti Hadis : 
Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Seandainya orang ramai mengetahui betapa besar pahala azan dan menepati saf pertama (di masa sembahyang berjama'ah), kemudian mereka tidak menemukan jalan untuk memperolehinya melainkan dengan membuat undi (atau giliran) nescaya mereka akan berbuat demikian. Juga seandainya mereka mengetahui betapa besarnya pahala bersegera (pergi ke masjid) untuk melakukan sembahnyang berjama'ah, nescaya mereka berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Demikian pula seandainya mereka mengetahui betapa besar pahala sembahyang isyak dan subuh dengan berjama'ah, nescaya mereka akan datang untuk menghadirinya sekalipun mereka terpaksa berjalan dengan merangkak-rangka".
 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunday, July 14, 2013

Hadis - Siapa Teman Setia

Erti Hadis :
Daripada Anas bin Malik radhiallahu anhu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : "Ada tiga macam yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu kelurganya, hartanya dan amalnya. Dua diantaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. Keluarga dan harta akan kembali, sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya".

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saturday, July 13, 2013

Hadis - Golongan Yang Selamat

Erti Hadis :
Daripada Auf bin Malik radhiallahu anhu berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : " Umat Yahudi telah berpecahbelah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syruga dan yang tujuh puluh lagi kan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecahbelah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, "Golongan mana yang selamat?". Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab, "Mereka adalah Jamaah". (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sunday, July 7, 2013

Hadis : Kasih Sayang Sesama Muslim

Erti Hadis : 
Daripada Nu'man bin Basyir radhiyallahu 'anhuma berkata : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : "Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dalam hal mereka saling cinta mencintai, kasih mengasihi dan bertimbang rasa sesama mereka, adalah seperti sebuah tubuh badan. Apabila mana-mana anggota ditimpa penyakit maka seluruh anggota badan akan turut serta berjaga malam dan merasakan demam"

 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hukum Perempuan Memakai Seluar Panjang

(1) Menurut Syeikh 'Atiyyah Shaqr (Mantan Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif) : "Sebenarnya, pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib cela seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula ia menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan sekalipun tidak berwarna-warni tetapi ia meletakkan pula di luarnya kain lain yang menutupi anggota-anggota yang boleh menimbulkan fitnah di samping menghalang bentuk rupanya (dari dilihat dan diketahui orang lain) maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa." (Mausuah Al-Usrah m/s 99)

Friday, July 5, 2013

Hadis : Empat Pertanyaan Yang Mesti Dijawab

Erti Hadis : 
Daripada Abu Barzah Nadhlah Bin 'Ubaid al - Aslami radhiallahu anhu berkata : Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : "Belum berganjak lagi kedua kaki seorang hamba ( di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala pada hari qiamat), sehingga terlebih dahulu ia akan ditanya tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya dan akan ditanya tentang ilmunya, untuk apa ia melakukannya dan akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakanya dan akan ditanya tentang tubuh badannya, untuk apa dibinasakannya (digunakannya)."
(Hadis Riwayat Tirmizi)