(1) Menurut Syeikh 'Atiyyah Shaqr (Mantan Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif) : "Sebenarnya, pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib cela seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula ia menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan sekalipun tidak berwarna-warni tetapi ia meletakkan pula di luarnya kain lain yang menutupi anggota-anggota yang boleh menimbulkan fitnah di samping menghalang bentuk rupanya (dari dilihat dan diketahui orang lain) maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa." (Mausuah Al-Usrah m/s 99)
(2) Menurut Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaili (Pengarang Kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh) dalam bukunya Fatawa Mua'sirah muka surat 191 ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempuan memakai seluar panjang. Ia memjawab hukumnya haram kerana ia sempit (ketat) yang boleh menampakkan bentuk badan yang boleh menimbulkan fitnah. Begitu juga kerana ia menyerupai lelaki dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala melaknat perempuan-perempuan yang menyerupai lelaki. Akan tetapi jika ia memakai pakaian-pakaian luar (baju atau jubah) dengan syarat pakaian luar itu longgar serta menutupi seluar serta labuh sehingga ke paras bawah lutut maka hukumnya harus.
Soalan :
Adakah wanita harus memakai seluar panjang?
Adakah wanita harus memakai seluar panjang?
Jawapan :
Haram bagi wanita memakai seluar panjang kerana ia ketat dan menampakkan susuk tubuhnya dan juga kerana ia menyerupai lelaki, dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki. Tetapi jika wanita itu memakai baju yang menutupi di atas seluar itu sehingga sampai bawah dari paras lutut maka diharuskan kerana illat pengharaman itu sudah tiada ketika ini. (Fatawa Mu'ashirah m/s 191)

(3) Menurut Syeikh Ismail Usman Zain al-Yamani al-Makki (Ulama Besar Mazhab al-Syafii di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah), perempuan yang memakai seluar panjang di atasnya (diluarnya) ada pakaian (baju atau jubah) yang labuh sampai ke lutut lalu seluar hanya dilihat oleh orang lain hanya dari paras lutut hingga ke kaki sahaja maka hukumnya tidak haram dengan syarat seluar itu tidak jarang atau ketat sehingga menampakkan kecantikan tubunhnya kerana ia termasuk dalam hadis perempuan yang berpakaian tetapi telanjang. Alasannya kerana seluar bukan pakaian yang khusus bagi lelaki. Cuma yang haram bagi perempuan ialah membuka auratnya atau sebahagian auratnya diahadapan lelaki ajnabi.
Hukum wanita memakai Seluar Panjang
Soalan :
Apakah pendapat kamu terhadap wanita yang memakai seluar panjang dan juga memakai baju yang labuh di atasnya sehingga sampai ke paras lutut dan seluar panjang tadi hanya boleh dilihat bahagian bawahnya saja, adakah ia termasuk dalam ertikata haram seorang wanita memakai pakaian lelaki atau sebaliknya?

Pakaian seperti ini tidak haram ke atas wanita memakainya selagi pakaian itu tidak jarang ataupun ketat yang boleh menampakkan susuk tubuhnya yang cantik kerana yang demikian termasuk dalam hadis "berpakaian tetapi bertelanjang" kerana ia bukan dikhususkan kepada lelaki sahaja, tetapi haram ia membuka auratnya atau separuh daripada auratnya di depan lelaki ajnabi. (Qurratu 'Ain m/s 233)

Tambahan Penulis
Daripada penjelasan para ulama di atas maka perempuan yang memaki seluar ketat sedangkan bajunya singkat maka hukumnya adalah haram kerana menampakkan punggungnya.
Petikan dari :
Kitab : Syarat-syarat Pakaian Muslimah Ketika Keluar Rumah
Penulis :Ust. Hj. Aminuddin bin Hj. Abd. Rahim
Kitab : Syarat-syarat Pakaian Muslimah Ketika Keluar Rumah
Penulis :Ust. Hj. Aminuddin bin Hj. Abd. Rahim
Kalau lelaki pakai seluar tidak dikira "menonjolkan dan memperlihatkan punggungnya" ?
ReplyDeleteHanya untuk wanita dikira haram. Kecuali jika memakai baju /jubah sehingga paras lutut dan menutupi seluar yang dipakai maka hukumnya harus.
DeleteLelaki yg pakai seluar ketat hingga menonjol semua pun bawa masalah
ReplyDeleteBagaimana pula jika perempuan pakai palazzo yang longgar tetapi baju dibawah paras punggung tetapi tidak sehingga bawah lutut? ( Tidak nampak bentuk punggung dan bentuk kaki)
ReplyDelete