Daripada Auf bin Malik radhiallahu anhu berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : " Umat Yahudi telah berpecahbelah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syruga dan yang tujuh puluh lagi kan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecahbelah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, "Golongan mana yang selamat?". Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab, "Mereka adalah Jamaah". (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Huraian Hadis :
Yang dimaksudkan dengan jamaah yang selamat ini ialah golongan yang tetap berpengang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sahabat dan salafus-saleh, atau pun yang diistilahkan oleh para ulama dengan golongan "Ahlus Sunnah Wal Jamaah". Selain dari golongan ini adalah sesat dan akan menjadi penghuni neraka.
Petikan dari :
Kitab : 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman
Susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi
No comments:
Post a Comment