1. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan :
Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar merekodkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam :
Ertinya :
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bangun daripada tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya"
(Direkodkan oleh Muslim)
2. Membaca doa bangun daripada tidur iaitu :
Ertinya :
"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami (tidur) dan kepadaNya kami akan dibangkitkan"
(Direkod oleh Bukhari)
3. Bersugi :
Ertinya :
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)"
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)
Antara kebaikan bersugi adalah mengembalikan kesegaran dan kecergasan tubuh badan serta dapat menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan.
Petikan dari :
Kitab :Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
Karangan :Zulkarnain Dollah